Langkah-langkah untuk menangani pencemaran alam sekitar:
LANGKAH 1:
Fikir dulu sebelum buang. Gunakan konsep 3R (Reduce, Reuse dan Recycle).
LANGKAH 2:
Kitar semula. Gunakan tong kitar semula yang telah disediakan ataupun boleh mengumpulkan barangan untuk dikitar semula di rumah, dan kemudiannya jual ke pusat kitar semula. (Boleh juga dapat duit poket hasil jualan barangan kitar semula ini, terutama kalau anda jual besi).
LANGKAH 3:
Elakkan menggunakan plastik terutama ketika membeli-belah.
Gunakan beg kitar semula ketika membeli-belah.
Jika mahu menggunakan plastik juga, gunakan plastik yang bersifat biodegradable.
LANGKAH 4:
Elakkan menggunakan polysterene.
LANGKAH 5:
Jangan bakar sampah atau melakukan pembakaran terbuka.
LANGKAH 6:
Jangan buang sampah merata-rata.
LANGKAH 7:
Semai kesedaran dalam diri tentang kepentingan alam sekitar yang sihat.
Semua langkah di atas hanya akan dilakukan oleh seseorang individu hanya jika individu itu mempunyai kesedaran mengenai betapa pentingnya memelihara alam sekitar.
Oleh itu,
Dengarlah rayuan bumi ini:
************************
Gambar ketika di Tanjung Rhu, Langkawi. Waktu ni dah nak senja, air dah surut. Sebenarnya lokasi saya ni di tengah laut. Boleh jalan kaki je nak pi ke tengah laut tu.
************************
Sumber gambar: surfer girl, cetusanselera
1 comment:
Thanks sebab join contest ni
Post a Comment